KOTA KINABALU: Potensi Sabah sebagai hub perdagangan di rantau ini kerana lokasinya yang strategik serta hasil bumi yang ada akan menjadi antara tajuk perbincangan dalam Sidang Meja Bulat anjuran Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) yang diadakan di Magellan Sutera Harbour Resort pada 12 hingga 13 Mac depan.
Forum berkenaan yang disertai lebih 200 tokoh termasuk dari negara-negara peneraju dalam ekonomi Islam akan melihat peluang pelaburan yang ada di Sabah dan Borneo terutama dengan perpindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan Timur.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, persidangan berkenaan diharap dapat menjadi landasan untuk memacu ekonomi Sabah yang seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu bersaing dengan negara-negara lain dalam konteks ekonomi.
“Antaranya daripada segi potensi melalui sumber yang ada contohnya kalau daripada segi pertanian, pemuliharaan hutan, kita mempunyai beberapa kekayaan dalam sektor ini dan termasuk contohnya bagaimana kita memanfaatkan mineral yang ada kerana kita merupakan wilayah di negara kita yang mempunyai simpanan minyak yang begitu banyak, bukan hanya minyak bahkan juga gas.
“Maka saya rasa sudah tentu Sabah ada kelebihan kerana negeri ini bukan hanya keluasan dia besar tapi juga daripada segi tanah yang subur di samping itu, lokasinya agak sesuai untuk kita mengeluarkan hasil-hasil makanan ke negara-negara seperti China, Jepun, tidak mengambil masa sampai berbulan-bulan, berminggu-minggu untuk dihantar kerana dekat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat wakil WIEF diketuai Setiausaha Agungnya, Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah hari ini.
Selain negara-negara ASEAN, persidangan tersebut turut disertai delegasi dari Asia Barat, Nepal, Finland, Pakistan dan United Kingdom.
Ketua Menteri berkata, bagi negara-negara perdagangan, Sabah merupakan lokasi strategik untuk mereka menjalankan operasi dan mengeksport barangan ke pelbagai destinasi.
Tambah beliau, sektor pelancongan Sabah akan turut dipromosikan sempena persidangan berkenaan kerana Sabah mempunyai keindahan dan kekayaan alam semulajadi untuk menarik pengunjung.
“Jarak membantu mengurangkan kos, harga makanan yang kita boleh eksport, keluarkan dan ini antara potensi itu, selain daripada itu pelancongan, tapi kita sedar dan tahu impak koronavirus itu ada, saya yakin ini bersifat sementara tidak akan berada di situ bertahun-tahun, kita perlu menyediakan keadaan yang perlu.
“Sekiranya itu kita dapat atasi dan apabila vaksin ditemukan, saya yakin pelancong akan datang balik, bukan sahaja kita katakan sektor yang boleh membantu negara kita, negeri Sabah tetapi menjadi satu hasil pendapatan kerana sektor pelancongan adalah ketiga terbesar penyumbang hasil negara,” katanya.
This article was published at Borneo Today website on 6 March 2020.
Click here to view the original piece of the article.
This article was published at Borneo Post website on 7 March 2020.
Click here to view the original piece of the article.
This article was published at Overseas Chinese Daily website on 7 March 2020.
Click here to view the original piece of the article.
This article was published at Daily Express website on 7 March 2020.
Click here to view the original piece of the article.
This article was published at Astro Awani website on 13 March 2020.
Click here to view the original piece of the article.