Masyarakat masih ambil mudah perusahaan sosial (Bahasa Melayu)

2018

Oct  22nd

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Walaupun perusahaan sosial telah lama diperkenalkan, namun konsep mulia itu masih dipandang sepi masyarakat yang menganggap tugas membantu golongan memerlukan termasuk isi rumah berpendapatan rendah (B40) patut diserahkan semata-mata di tangan kerajaan.

Perkara itu diakui sendiri oleh Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF), Tun Musa Hitam yang berpendapat perusahaan sosial boleh menjadi medium untuk menyelesaikan pelbagai masalah sosial sekali gus mengurangkan jurang pendapatan dalam kalangan rakyat.

Jelas beliau, perkara itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan mentaliti dan sikap kesukarelaan yang tinggi apatah lagi tiada apa-apa insentif yang diperoleh sekiranya melakukan perusahaan sosial.

“Jika dilihat secara keseluruhan, Malaysia masih berdepan dengan masalah kemiskinan. Mungkin bukan lagi kemiskinan tegar, tetapi perkara seperti kemiskinan bandar masih serius sehingga membawa kepada pelbagai masalah sosial. Inilah tanggungjawab bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi yang menjalankan perusahaan sosial.

“Walaupun mungkin satu-satunya manfaat yang diterima adalah dapat bersama-sama membantu masyarakat, namun saya merasakan perkara ini tetap penting dalam usaha memastikan negara terus harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dalam Forum Perusahaan Sosial anjuran Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi dan Forum Ekonomi Islam Dunia (Akept-WIEF) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Perusahaan sosial merupakan perniagaan yang mempunyai motif untuk memberi impak sosial, bukan untuk mencapai keuntungan maksimum – UTUSAN ONLINE

This article was published at UTUSAN website on 22nd October 2018.
Click here to view the original piece of the article.

Related articles:

MalaysiaGazette
MalaysiaGazette
BERNAMA

Follow Us

World Islamic Economic
Forum Foundation

A-9-1, Level 9, Hampshire Place Office,
157 Hampshire, No 1 Jalan Mayang Sari, 50450
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel +6 03 2163 5500
Fax +6 03 2163 5504
Email enquiry@wief.org
Top